Hari ni Suria nak kongsi macam mana nak luaskan jaringan biznes melalui Facebook. Bagi yang lebih kreatif dan berwawasan, mereka menggunakan Facebook untuk tujuan komersial dengan menjual produk dan membina jaringan pemasaran ataupun kita panggil networking. haaa mesti semua tertunggu apa dia 5 Tips Pemasaran Di Facebook….

5 Tips Pemasaran Di Facebook

Antara cara-cara yang biasa yang digunakan oleh usahawan internet, pelajar kolej, suri rumah tangga mahupun sesiapa sahaja sebenarnya bukanlah luar biasa seperti yang disangka. Malah ianya agak mudah..

#1.  Sebagai penjual, digalakkan menggunakan gambar profil yang menarik. Elakkan menukar-nukar gambar profil secara kerap. Gunakan satu gambar secara konsisten.

#2. Perbanyakkan pengisian seperti menulis artikel untuk dikongsi dan ini akan tambahkan follower facebook anda sendiri. pilih peak hours pengguna sedang access Facebook

#3. Layari Wall rakan Facebook lain dan berikan komen pada status, foto, imej, video atau artikel mereka untuk kuatkan engagement

#4. Letak Widget Facebook di blog (jika ada) Selitkan juga link ke profile Facebook kita di artikel blog. Manfaatkan kombinasi Facebook Widgets untuk menambah Friends

#5. Sertai Groups yang aktif di Facebook. Tetapi pastikan anda hanya sertai yang relevan dengan produk anda. Aktifkan diri di sana seperti memberi komen pada status semasa dan pada mana-mana bahagian yang boleh diberikan komen. Pastikan memberi komen yang membina.

Akhir sekali,  elakkan bermain game atau chat yang tidak bermanfaat. Ok, ini merupakan aktiviti yang kurang efisyen bagi usahawan internet jika terlalu banyak main game atau chatting yang tidak bermanfaat. Facebook ini wajar dijadikan saluran pemasaran yang berpotensi untuk mencapai anggaran jualan produk yang tinggi.

Latar Belakang Facebook

Mari kita selidik dari mana datangnya fenomena luar biasa zaman kini ini.

Pengasas Facebook , Mark Zuckerberg, telah membina laman web rangkaian sosial ini ketika beliau baru berumur 23 tahun dan masih menuntut di Universiti Harvard. Beliau melancarkan Facebook pada bulan Februari 2004. 24 jam selepas pelancarannya, seramai 1, 200 pelajar Harvard telah mendaftar, dan dalam masa satu bulan, hampir separuh pelajar sarjana muda Harvard telah memiliki profil Facebook.

Pada mulanya Facebook disasarkan sebagai rangkaian sosial pendidikan dan telah berkembang ke universiti-universiti di seluruh Amerika. Hanya setahun selepas pelancarannya, Facebook telah berkembang melibatkan penuntut sekolah tinggi Amerika dan ‘menjelajah’ ke universiti-universiti di United Kingdom. Selepas itu fenomena rangkaian sosial Facebook seperti tidak dapat dibendung lagi dan sesiapa saja yang memiliki e-mail boleh membuka akaun Facebook di seluruh dunia. Facebook mengumumkan jumlah ahlinya sudah melebihi 30 juta orang pada tahun 2007. Hari ini jumlah ahli Facebook sudah melebihi 800 juta orang.

jadi rugi la kita tak mengambil peluang yang baik ini untuk jana pendapatan.. tak tahu nak jana pendapatan bagaimana…?? boleh direct message Suria tepi. kita belajar dan diajar. insyAllah

shaklee biz leader

NURSURIA TURANO

019.351.0266

Alhamdulillah ??

5 Tips Pemasaran Di Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *