Hargailah kehidupan kita. AIDS adalah singkatan bagi Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit. Sistem ketahanan badan seorang penyakit AIDS termusnah dan ini menyebabkan penyakit biasa menjadi berbahaya dan membawa maut. Masih tiada ubat untuk merawati AIDS dan begitu juga vaksin untuk mencegah AIDS di Malaysia

Apa Itu HIV

HIV adalah singkatan bagi jenis virus yang memusnahkan sistem ketahanan badan seseorang HIV menyebabkan AIDS.

Bagaimana HIV Merebak

HIV merebak melalui 3 cara:

#1. Hubungan Seks

aids di Malaysia

  • HIV merebak melalui cara pemindahan cecair badan daripada seseorang yang lain, apabila mereka mengadakan hubungan seks.

#2. Penggunaan Dadah

  • HIV merebak apabila penagih berkongsi jarum dan alat suntikan.

#3. Jangkitan Ibu Kepada Bayi

  • Ibu yang telah dijangkiti boleh merebakkan HIV kepada bayinya ketika dalam rahim, atau sewaktu dilahirkan.

Bagaimanakah Mengetahui Sama Ada Dijangkiti HIV?

Seseorang boleh kelihatan sihat tetapi dirinya HIV Positif. Cara yang paling berkesan adalah dengan menjalani Ujian Antibodi HIV yang terdapat di mana-mana klinik atau hospital, tetapi anda perlu diberi kaunseling sebelum dan selepas menjalani ujian tersebut.

Cegah Aids Di Malaysia Sekarang!

AIDS adalah masalah semua. Anda boleh mencegah daripada dijangkiti dengan mengetahui fakta berikut:

  • Jauhi diri, jika boleh daripada melakukan hubungan seks bebas.
  • Setialah kepada pasangan anda, jangan mengadakan hubungan seks luar nikah kerana sekali sahaja sudah mencukupi untuk dijangkiti
  • Jauhi diri sepenuhnya daripada dadah

Anda Tidak Boleh Dijangkiti Melalui…

  • Berkongsi perkakas atau makanan dengan seorang pesakit AIDS
  • Gigitan nyamuk
  • Menderma Darah
  • Tandas
  • Kolam Renang
  • Menyentuh atau memeluk pesakit AIDS

Ingatlah AIDS adalah masalah kita dan seorang yang HIV Positif perlu menerima sokongan dan bantuan kita. Hargai kehidupan anda. Cegah AIDS di Malaysia sekarang. Sentiasa lah mengamalkan kehidupan sihat yang terdiri daripada pemakaan yang baik, pergaulan yang baik dan tambahkan ilmu agama dalam diri setiap ahli keluarga sejak mereka masih kecil lagi bagi membendung permasalahan ini. InsyaAllah

Untuk maklumat lanjut sila hubungi doktor, klinik atau Hospital yang terdekat.

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia.

Baca Lanjut : Bagaimana VIVIX Mengawal Sel Kanser

Cegah AIDS Sekarang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *