Berikut adalah 65 ciri-ciri  anxiety disorder yang perlu kita ambil tahu supaya dapat cara atasi anxiety disorder dengan baik. Ini adalah perkongsian benar dari seorang yang telah mengalami masalah anxiety. Dalam masa yang sama dia telah berusaha bantu diri sendiri keluar dari terus menerus rasa risau yang berpanjangan.

Ciri -Ciri Anxiety Disorder Berdasarkan Pengalaman Penghidap

    1. Anxiety akan menjadi satu pemikiran yang super duper kreatif mereka-reka sesuatu.
    2. Pemikiran boleh menguasai pesakit anxiety.
    3. Anxiety akan membuatkan pesakit risau untuk perkara yang tiada sebab.
    4. Anxiety akan menimbulkan perasaan rasa takut akan kematian dan akan berfikir-fikir tentang itu.
    5. Ianya akan berlaku tiba-tiba jantung berdegup laju dan pesakit akan berfikir terkena serangan jantung.
    6. Pesakit anxiety akan selalu mengatakan doktor seperti mempermainkan mereka kerana mengatakan mereka tidak mempunyai sakit yang kronik.
    7. Pesakit akan sering pergi klinik atau hospital untuk membuat medical check up.
    8. Pesakit akan berasa seperti tidak boleh bernafas ( dada ketat, merasa dada seperti penuh)
    9. Bukan semua yang ada anxiety tahu mereka ada anxiety dan menganggapnya perkara biasa.
    10. Dada adakalanya seperti dicucuk dengan benda tajam dan kadang2 ianya merasa nyilu dan nyeri.
    11. Kepala akan merasa melayang dan pesakit akan merasa seperti akan hilang kawalan dan akan pengsan.
    12. Pesakit anxiety adakalanya tidak boleh berada dalam kelompok ramai dan akan berusaha lari daripada keadaan itu.
    13. Pesakit anxiety akan merasa bersendirian itu lebih baik dan menenangkan.
    14. Orang takkan dapat menenangkan pesakit bila anxiety menyerang. Serangan akan terjadi sekurang2 10 min atau 1 jam.
    15. Orang yang tidak mempunyai anxiety tidak faham apa yang dialami oleh pesakit anxiety.
    16. Pesakit anxiety akan selalu mengkaji, mencari tentang penyakit ini dan mereka akan rasa takut bila membacanya.
    17. Berjumpa dengan psikiatri adalah masa yang ditunggu untuk bertanya berbagai soalan .
    18. Pesakit anxiety adakalanya akan menangis tanpa sebab.
    19. Pesakit akan bercerita kepada orang lain dan mahu orang lain turut merasai tetapi sebenarnya tak boleh kerana orang yang tiada anxiety tidak akan faham.
    20. Orang yang mendengar masalah yang diceritakan oleh pesakit anxiety akan memberi nasihat tetapi pesakit anxiety tidak mempedulikan nasihat itu jika nasihat itu tidak dapat membuat mereka tenang.
    21. Pesakit anxiety akan menjadi sensitif dengan semua perkara.
    22. Ianya juga akan membuat pesakit menjadi pelupa.
    23. Pesakit akan merasa badan mereka twicth ( berdenyut-denyut )
    24. Pesakit akan berasa letih walaupun tidak membuat sebarang kerja.
    25. Pesakit juga adakalanya akan diserang sakit kepala yang mana rasanya seperti diikat ketat menggunakan headband.
    26. Pesakit akan berasa takut untuk travel or berjalan jauh kerana fikir itu akan mendatangkan bahaya.
    27. Pesakit anxiety akan berasa lega dan seronok bila dapat share masalah dengan orang yang sama menghidapi anxiety
    28. Akan terjadinya tekanan kepada pesakit.
    29. Pesakit anxiety selalunya akan memerlukan orang lain untuk membantu mereka.
    30. Setiap hari, pesakit anxiety akan berfikir dan berharap dapat menjadi diri mereka yang dulu.
    31. Kadang-kadang, pesakit akan berfikir kenapa ianya terjadi kepada mereka.
    32. Pesakit akan mengigil dan mengeletar tanpa sebab.
    33. Anxiety akan membuatkan pesakit merasa sunyi, terkejut, takut, risau, kecewa, tekanan dan basically everything.
    34. Anxiety tidak membuatkan pesakit itu menjadi gila.
    35. Anxiety akan membuatkan fikiran pesakit terganggu.
    36. Tekanan yang diberi oleh orang lain kepada pesakit anxiety sangat memberi kesan kepada mereka.
    37. Bersosial seperti makan di luar, lepak di luar selain rumah adalah perkara yang tidak menyeronokkan bagi pesakit anxiety.
    38. Pesakit anxiety akan merasakan tiada hari yang dilaluinya tanpa anxiety.
    39. Pesakit anxiety akan risau terhadap perkara yang remeh.
    40. Pesakit akan selalu merasa seperti hendak membuang air dan kerap ke tandas.
    41. Pesakit anxiety akan berusaha untuk mencari treatment untuk sembuh dari anxiety.
    42. Hilang keyakinan diri.
    43. Boleh menyebab berlakunya kemurungan.
    44. Setiap perkara yang dianggap negatif kepada pesakit anxiety akan menjadi trigger untuk anxiety datang menyerang.
    45. Akan merasa sesuatu keadaan seperti tidak nyata dan seperti bermimpi.
    46. Anxiety tiada ubat dan ianya boleh dikawal oleh pesakit itu sendiri.
    47. Anxiety adalah penipuan semata-mata dan ianya hanya pemikiran semata-mata.
    48. Insomnia adalah perkara biasa yang terjadi kepada setiap pesaki anxiety. Ini kerana pemikiran yang takut sesuatu terjadi semasa mereka tidur.
    49. Pesakit anxiety akan mengalami sakit ulu hati, gastrik, dan masalah berkaitan dengan perut.
    50. Pesakit anxiety juga akan merasa seperti perut sebu atau kembung dan seperti ada sesuatu di dalam perut mereka.
    51. Kaki akan merasa kebas dan mereka akan terfikir seperti akan terkena strok.
    52. Penglihatan akan menjadi kabur.
    53. Jantung akan berdebar laju tanpa sebab.
    54. Ada sesetangah pesakit anxiety yang akan menjadi agrophobia seperti takut untuk memandu .
    55. Tidak boleh berseorangan dan sering memerlukan teman.
    56. Badan akan merasa sakit dan lenguh seperti selepas membuat kerja berat.
    57. Menjadi seseorang yang peka terhadap bunyi.
    58. Anxiety juga boleh memusnahkan sebuah perhubungan.
    59. Pesakit akan berasa putus asa dan kurang bersemangat.
    60. Berlaku perbuahan drastik terhadap kelakuan atau perangai pesakit anxiety.
    61. Segalanya tentang kehiudpan anxiety akan berubah.
    62. Pesakit akan banyak menghabiskan masa dengan membaca dan mencari maklumat tentang anxiety.
    63. Akan selalu berfikir bahawa diri mereka menghidapi sakit kronik.
    64. Mood akan berubah bila pemikiran tiba2 datang memikirkan perkara yang bukan-bukan dan menakutkan.
    65. Ubat yang diberi hanya untuk menenangkan anxiety buat seketika.

[Pengalaman Penghidap]

Selama 4 bulan saya menghidapi sakit ni dan ianya memang perit untuk dihadapi dan ianya memang membuatkan kehidupan saya berubah mendadak. Point2 di atas yang saya tulis di atas perkara yang saya sedang alami.

Saya pun kini tengah berusaha untuk sembuh dan ianya adalah perkara yang memang semua pesakit anxiety mahukan. Memang makan masa untuk sembuh. Hanya kesabaran dan doa kepada Allah. Moga diberi keizinan oleh Allah untuk sembuh dan kembali kepada diri yang dulu.

Tak dapat membantu banyak sekalipun cukuplah sekadar berkongsi cerita dengan orang yang sama ada sakit ini.Yang pasti kita bukan keseorangan dan ramai lagi yang ada sakit seperti ini.

Amalan Cara Atasi Anxiety Disorder

Amalan yang saya lakukan sekarang ni bila Anxiety menyerang deep breathing and relax.Masa tu set dalam mind yang kita just anxiety dan takkan terjadi apa-apa kepada kita.

Positifkan fikiran tapi kadang2 saya kalah jugak. layan jugak pemikiran ni. kalau da takut sangat, sampai menangis-menangis , resah , gelisah , tak senang duduk kadang-kadang tu. Lagi tekanan kalau orang sekeliling tak faham bila kita bercerita.

Amalkan zikir, istighfar dan baca al-quran. Moga ianya dapat memberi ketenangan.

Jangan putus asa. Kalau nak sembuh, ikhtiar berubat. Saya pun sekarang berikhtiar berubat cara islam dan berjumpa dengan pakar psikiatri.

Jangan malu. Jumpa psikiatri bukan bermakna kita gila. Biarlah orang lain nak cakap apa sebab bukan mereka yang rasa tapi kita yang rasa.

Waktu permualaan tu saya malu jugak sebab orang lain memang akan pandang dengan pandangan yang lain sebab muda-muda dah masuk psikiatri tapi time tu satu je saya fikir yang saya dah tak sanggup nak hadapi sorang2 tanpa rawatan.

Cara Atasi Anxiety Disorder Dengan Nutrisi Lengkap

#1 Kebaikan Bcomplex  Untuk Cara Atasi Anxiety Disorder

B complex mengandungi 8 Vitamin B iaitu Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin B3, Vitamin B5, Vitamin B6, Vitamin B12; asid folik dan 100% Biotin.

      • Vitamin B1 – mengurangkan kelesuan, keresahan, mempertingkatkan kecerdasan mental, melancarkan peredaran darah, meningkatkan stamina badan, menyihatkan sistem pencernaan dan memperbaiki metabolisma
      • Vitamin B2 – mengurangkan keletihan mata, katarak, jangkitan lidah, membantu mengaktifkan vitamin B6 dan asid folik.
      • Vitamin B3 – mengurangkan pengaliran kolestrol di dalam darah, memperbaiki kesihatan kulit, rambut, sistem pencernaan dan mengelakkan depresi.
      • Vitamin B5 – mengurangkan stress fizikal dan mental, membantu mengurangkan penuaan pramatang
      • Vitamin B6 – penting dalam proses asid amino, mengawal serotonin di dalam otak (ketidakseimbangan menyebabkan depresi), mengurangkan senggugut, menenangkan emosi, mengurangkan kekejangan otot dan sebagainya
      • Vitamin B12 – memperelok selera makan, memperbaiki tindak balas saraf, mengelakkan anemia, keletihan, baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, memori, fokus dan keupayaan seksual
      • Biotin – membantu B Complex menjadi lebih efektif, mengurangkan rabun, rambut beruban, eczema dan keradangan kulit
      • Asid Folik – kesihatan fetus, kurang risiko sakit jantung dan kanser serviks, anemia, stres, ulser mulut dan sebagainya
Keistimewaan Vitamin B Complex Shaklee

B Complex Shaklee mengandungi 8 Vitamin B iaitu B1, B2, B3, B5, B6, B12, Asid Folik yang semulajadi dan 100% Biotin.

      • Asid folik yang digunakan adalah semulajadi dan dicipta oleh saintis Shaklee yang pertama seumpamanya di dunia. Ianya dihasilkan dengan kadar kebolehserapan (bioavailability) yang sangat tinggi dan berkualiti.
      • Asid folik semulajadi biasa tidak mudah diserap oleh tubuh kita dan 99% asid folik di pasaran terkini bersifat sintetik, dan bukannya semulajadi seperti yang ada di dalam Vitamin B Complex Shaklee.
      • Vitamin B adalah vitamin larut-air; oleh sebab itu, sebarang lebihan akan terus disingkirkan melalui sistem pencernaan (sebab itu air kencing kita akan berwarna kekuningan sekiranya mengambil vitamin B). Jika tidak berwarna kekuningan itu bermakna anda mengalami kekurangan Vitamin B. Cara mengatasi anxiety disorder berkesan.
#2 Kebaikan OMEGA GUARD Untuk Cara Atasi Anxiety Disorder

Minyak ikan omega-3 sangat membantu dalam merawat masalah kebimbangan dan kemurungan.

Ia mempunyai fungsi yang sangat penting untuk mengekalkan fungsi dan struktur neuron, iaitu sel dalam sistem saraf manusia. Menurut kajian tahun 1988 yang dipaparkan dalam Lancet, orang yang banyak ikan yang ada lemak omega-3 didapati kurang menghidapi kemurungan.

#3 Kebaikan  OSTEMATRIX Shklee Untuk Cara Atasi Anxiety Disorder

Magnesium mempunyai peranan yang penting di dalam fungsi neurologi. Ia juga terlibat di dalam banyak tindakbalas kimia otak. Kekurangan magnesium telah dikaitkan dengan simptom-simptom kebimbangan dan kemurungan.

Kalsium sangat penting untuk memastikan tubuh kita berfungsi dengan baik. Ia sangat penting untuk fungsi otak. Kekurangan kalsium akan menyebabkan kebimbangan dan emosi yang tidak menentu.

Denyutan elektik di dalam sistem saraf bergantung kepada kalsium untuk berfungsi dengan baik. Apabila terjadi kekurangan kalsium pada sistem saraf, peluang untuk terjadinya serangan kebimbangan dan emosi yang tidak menentu akan meningkat dengan mendadak.

Kekurangan kalsium juga akan menyebabkan kekejangan otot, menggigil, kebas kaki dan jari, dan jantung berdebar.

Cara Atasi Anxiety Disorder

Jadi jangan biarkan diri anda terus dibelenggu rasa risau berpanjangan. Cara Atasi Anxiety Disorder dengan vitamin dan nutrisi lengkap terbukti banyak membantu.

Baca Juga : Cara Mengatasi Anxiety Disorder Gangguan Melampau Dan Panic Attack

UNTUK ORDER dan penerangan produk atau konsultasi Cara Atasi Anxiety Disorder
boleh hubungi saya:
PAKAR SHAKLEE ANDA SEPENUH MASA
NURSURIA
Pengedar Shaklee Cyberjaya
Call | SMS |WhatsApp
019 – 351 0266
Email:
Nursuria@yourliveamazing.com
atau jika punya kad kredit boleh beli terus online
(klik gambar dibawah)

Cara Atasi Anxiety Disorder

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *