Kencing tak lawas dan juga kencing kotor adalah salah satu masalah yang sering dihadapi oleh masyarakat. Individu tersebut akan merasa bermasalah apabila ia perlu sering ke tandas ataupun masih merasakan mahu membuang air kecil sejurus selepas melakukan perkara tersebut. Perlu kita tahu cara merawat kencing tidak lawas.

Malah perkara ini boleh menyebabkan tekanan pada individu tersebut.

Simptom Kencing Tidak Lawas

Bila kita bercakap berkenaan kencing tak lawas, ia membawa beberapa maksud kepada simptom tersebut:

  • Asyik rasa nak kencing (increase frequency)
  • Perasaan tidak puas selepas buang air kencing (Incomplete voiding)
  • Air kencing meleleh keluar walaupun pada ketika itu pesakit tidak membuang air kecil(Dribbling)
    Maksud dribbling ini air kencing itu meleleh ketika seseorang itu baru sahaja membuang air kecil. Ini menyebabkan seluar dalamnya basah dengan air kencing disebabkan perkara tersebut.

Kadang-kadang simptom-simpton ini juga akan datang dengan simptom-simptom lain seperti:

  • Sakit ketika hendak membuang air
  • Asyik ingin membuang air ketika waktu malam
  • Arus air kencing yang tidak kuat
  • Perlu meneran untuk memulakan pengeluaran air kencing

Kesemua simptom-simptom ini dipanggil sebagai ‘simptom saluran kencing bahagian bawah’ (lower urinary tract symptoms/LUTS).

Ia dipanggil sedemikian rupa kerana simptom ini terjadi disebabkan masalah pada saluran kencing bahagian bawah sahaja bermula daripada pundi kencing, prostate dan juga urethra.

Setiap gabungan simptom akan mempunyai punca yang berbeza termasuk kencing tak lawas.

Punca Kencing Tak Lawas
Terdapat beberapa punca kencing tidak lawas. Ianya adalah:

  1. Benign Prostatic Hyperplasia (BPH): Prostate yang membesar bagi kaum lelaki. Selalunya berlaku pada lelaki yang sudah berumur
  2. Batu karang dalam pundi kencing: Dalam masalah ini, pesakit juga akan mengalami sakit ketika buang air kencing dan air kencing berdarah.
  3. Kanser pundi kencing atau kanser prostate: Selalunya pesakit akan mengalami sumbatan hingga mana pesakit tersebut tidak langsung boleh membuang air kecil. Bagi pesakit dengan kanser pundi kencing, selalunya ia juga mempunyai simptom kencing berdarah
  4. Otot Detrusor yang lemah
  5. Kencing Manis : Kencing manis yang tidak terkawal menyebabkan gula masuk ke dalam air kencing bersama dengan air. Ia menyebabkan pesakit kencing dengan kerap dan banyak.
  6. Masalah saraf yang menyebabkan pengeluaran kencing tidak boleh dikawal seperti dalam masalah multiple sclerosis, kecederaan pada saraf tunjang, Slip disc dan juga sindrom cauda equina
  7. Keradangan Prostate(Prostatitis): Disebabkan jangkitan kuman pada Prostate
  8. Penyempitan saluran urethra: Disebabkan kecederaan pada saluran tersebut
  9. Jangkitan kuman pada tempat pembuangan air kencing (Kencing kotor)
  10. Tahan kencing: Tahan kencing dengan terlalu lama boleh menyebabkan otot pada pundi kencing tidak berfungsi dengan normal kerana tidak dapat mengecut dengan betul menyebabkan adanya lebihan air kencing dalam pundi kencing. Menahan kencing juga boleh meningkatkan risiko untuk mendapat jangkitan kuman pada saluran buang air

Cara Merawat Kencing Tidak Lawas Dan Kotor

Secara Klinikal

Rawatan adalah bergantung pada punca masalah tersebut. Setiap punca mempunyai cara rawatan yang berbeza dan ia memerlukan pesakit berjumpa dengan doktor untuk mengenalpasti masalah tersebut.

  •  Antibiotik

Diperlukan untuk merawat jangkitan kuman pada tempat buang air kecil(kencing kotor)

  • Pemecahan Batu Karang

Jika batu karang di dalam pundi kencing bersaiz kecil cubaan untuk memecahkannya dengan penggunaan ubat boleh dibuat. Ubat yang selalu diberi kepada pesakit adalah Potassium citrate yang digunakan untuk mengalkalikan air kencing serta memecahkan batu karang tersebut.

Jika batu karang tersebut masih tidak pecah, penggunaan laser untuk memecahkan batu karang mungkin akan dibuat.

Jika masih tidak pecah disebabkan saiznya yang besar, pembedahan untuk mengeluarkan batu tersebut perlu dilakukan

  • Pengambilan ubat untuk mengecutkan Prostate

Bagi mereka yang mengalami Benign Prostatic Hyperplasia, terdapat beberapa jenis ubat yang boleh digunakan untuk mengecutkan prostate tersebut.

Tetapi ubat ini perlu dalam pantauan bahagian pembedahan di hospital. Kerana pesakit perlu dipantau simptom BPH tersebut berserta kesan sampingan yang mungkin dialami selepas mengambil ubat tersebut.

  • Pembedahan buang prostate

Jika prostate terlalu besar ataupun disyaki kanser, prostate perlulah dibuang dengan pembedahan.

Terdapat banyak lagi rawatan yang boleh dilakukan untuk merawat masalah ini. Tetapi punca kepada masalah tersebut perlulah diketahui terlebih dahulu dan barulah rawatan yang spesifik kepada punca tersebut boleh dilakukan.

Secara Alami

Beberapa supplemen cadangan yang boleh diambil sekiranya sudah mendapatkan rawatan doktor atau boleh dijadikan sebagai rawatan alternatif.

Cara Merawat Kencing Tidak Lawas

  • Garlic Complex bertindak sebagai antibakteria dan antibiotik semulajadi yang bagus untuk mencegah jangkitan kuman,fungus dan kulat.
  • Alfalfa Complex pula bertindak sebagai untuk mengatasi masalah water retention dan mengawal kandungan air dalam badan. Mengandungi kadar alkali yang sangat tinggi yang berupaya membantu meneutralkan asid tubuh badan, dan menyingkirkan bakteria disamping boleh mencegah kanser.
  • Peppermint Ginger Plus bukan sahaja untuk mengatasi masalah angin dalam badan tapi juga bertindak untuk sistem penghadaman yang sihat kerana kandungan pudina, halia, jintan manis dan jintan hitam memberi rasa nyaman dan melegakan.

Bahaya Kencing Tidak Lawas Jika Tidak Dirawat Segera

Jika dibiarkan tanpa sebarang rawatan, jangkitan pada saluran kencing boleh memudaratkan kesihatan kerana ia mampu merebak hingga ke buah pinggang.

Kehadiran kuman dan bakteria di dalam air kencing boleh diatasi dengan pengambilan antibiotik daripada doktor  dan rawatan alami.

Penting untuk mengenal pasti punca dan beri rawatan segera dengan tahu cara merawat kencing tidak lawas dengan segera.

BACA ARTIKEL LAIN : Cara Atasi Penyakit Kencing Tikus Yang Bahaya

Jadi jangan keberatan menghubungi saya segera jika anda mahu perundingan lebih tentang Cara Merawat Kencing Tidak Lawas.

PAKAR SHAKLEE ANDA SEPENUH MASA, PENGEDAR SHAKLEE CYBERJAYA

JUGA PERKHIDMATAN COD SHAKLEE SHAH ALAM, KAJANG, BANGI, SERDANG, PETALING JAYA

NURSURIA

Pengedar Shaklee Shah Alam, 

Call | SMS |WhatsApp

019 – 351 0266

Email:

Nursuria@yourliveamazing.com

Boleh beli online (klik gambar di bawah)

beli shaklee online

 

 

Cara Merawat Kencing Tidak Lawas Dan Kotor Tanpa Ubat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *