Saya dihubungi oleh seorang pelanggan yang disahkan ada GBS dan sedang hamil 5 bln. Dia tahu kepentingan cara merawat keputihan ketika mengandung dan ambil tindakan sebelum keadaan bertambah teruk. Melalui pembacaan di blog-blog kesihatan beliau sangat sedar betapa bahaya dan seriusnya bakteria GBS jika tidak dikawal dan dirawat dari awal.

Apa Itu Kuman GBS

Streptokokus Kumpulan B, atau GBS (bukan geng bas sekolah) juga dikenali sebagai strep kumpulan B, adalah salah satu daripada pelbagai jenis bakteria yang biasanya hidup di dalam badan manusia. Kira-kira satu per tiga daripada kita “membawa” GBS di dalam usus tanpa kita sedari. Penting para ibu tahu cara atasi keputihan gbs semasa hamil.

Di saat melahirkan bagi ibu yang mempunyai GBS, bayi akan terdedah dengan kuman GBS tetapi kebanyakan dari bayi tidak akan dijangkiti dan dilahirkan sihat tanpa sebarang masalah.

Walaubagaimanapun, segelintir kecil dari bayi yang dijangkiti akan mengalami masalah serius dan perlu mendapatkan rawatan selepas dilahirkan.

cara merawat keputihan ketika mengandung

Bagaimana mengesan kuman GBS ini?

Bagi mengesan kuman GBS ini, pada usia kandungan 35-37 minggu ibu perlu menjalani ujian SWAB KULTUR Vagina. Doktor akan mengambil sampel cecair di vagina untuk dihantar ke makmal untuk diuji. Sekiranya positif terhadap GBS, antibiotik akan diberikan. Ujian ini selalunya tidak dibuat secara rutin cuma wanita berisiko akan dinasihatkan menjalani ujian ini. Walaubagaimanapun anda boleh berbincang dengan doktor anda sekiranya anda rasa ia perlu dilakukan.

cara atasi keputihan gbs semasa hamil

Apakah risiko yang mungkin berlaku jika positif kuman GBS ini?

Jika ibu hamil positif kuman GBS ini, ibu di panggil pembawa. Maka, mangsa yang menjadi sasarannya adalah bayi yang dikandung. Jadi ibu hamil perlu tahu apa risiko yang mungkin boleh berlaku:
1. Kelahiran pra matang
2. Air ketuban pecah awal.

Semasa proses kelahiran, adalah masa pemindahan kuman GBS dari vagina ibu atau rektum ibu kepada bayi boleh berlaku. Pada ketika itu, bayi yang baru lahir (dengan antibodi yang amat rendah, tentu sekali) baru sahaja lalui kawasan vagina ibu, akan terkena jangkitan kuman GBS ini.

Rawatan untuk ibu

Sekiranya anda disahkan positif secara kultur, doktor selalunya akan memberikan rawatan antibiotik dan semasa saat bersalin ibu mungkin akan diberikan antibiotik profilaxis untuk mengurangkan risiko jangkitan terhadap bayi. Rawatan antibiotik juga disarankan pada mereka yang pecah ketuban melebihi 12 jam kerana dikhuatiri mungkin dijangkiti GBS.

Simptom bayi

Kebanyakan bayi yang dijangkiti, akan mengalami gejala dalam tempoh 12 jam selepas kelahiran. Gejala-gejala( simtom) termasuk:

  • Kerap tidur dan tidak responsif
  • Kurang menyusu
  • Nafas berbunyi
  • Suhu badan tinggi atau rendah
  • Kadar jantung yang cepat atau lambat
  • Pernafasan menjadi laju atau lambat
  • Kerap merengek

Apakah Komplikasi GBS boleh Sebabkan?

Kebanyakan bayi yang dijangkiti yang di kesan pada peringkat awal selalunya pulih seratus peratus selepas rawatan. Sebilangan kecil, menjadi lebih serius sekiranya kuman merebak ke paru paru atau otak yang boleh membawa kepada masalah yang lebih berat seperti cerebral palsi, buta atau pekak atau maut.

GBS juga boleh memberikan komplikasi pada ibu seperti jangkitan rahim atau salur kencing. Dalam keadaan yang lebih serius ibu mungkin boleh mendapat septisemia yang boleh membawa maut sekiranya tidak mendapat rawatan yang sepatutnya.

Mencegah Jangkitan awal GBS

Jika anda pembawa GBS atau anak anda pada kandungan yang lepas pernah dijangkiti GBS, doktor selalunya akan memantau kesihatan bayi anda dengan teliti sekurang-kurangnya 12 jam selepas kelahiran. Doktor bayi juga mungkin akan memulakan rawatan antibiotik pada bayi sehingga ujian darah mengesahkan tidak ada jangkitan GBS dalam darah bayi anda.

Jangkitan GBS Lewat

Kuman GBS yang dijangkiti bayi lebih dari tujuh hari selepas kelahiran selalunya tidak berkait dengan kehamilan. Bayi itu mungkin menjadi dijangkiti selepas kelahiran daripada orang lain dan bukan dari faraj ibunya. Jangkitan GBS selepas usia tiga bulan adalah amat jarang berlaku.

Penyusuan susu ibu tidak meningkatkan risiko jangkitan GBS sebaliknya ia akan melindungi bayi anda daripada jangkitan lain.

credit : Dr R Juhaidah Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi

Cara Merawat Keputihan Ketika Mengandung

Tips mengurangkan keputihan yang sedang mengganas.

  1. Pastikan seluar dalam sentiasa kering.
  2. Lap kering vagina selepas membuang air.
  3. Elak guna tisu tandas
  4. Mengelap dari hadapan ke dubur, untuk mengelakkan jangkitan kuman dari dubur.
  5. Membuat rendaman air suam dan garam, seminggu sekali atau 3 hari sekali.
  6. Makan bawang putih sebagai antikulat dan antibodi semulajadi.
  7. Amalkan memakan yogurt asli untuk menghasilkan lebih banyak bakteria baik, untuk menghapuskan bakteria jahat.

Berikut adalah supplemen tambahan dari Shaklee untuk keputihan yang melampau!!

cara merawat keputihan ketika mengandung

Vitamin C Sustained Released

Bertindak untuk menguatkan antibodi dalaman dan luaran untuk menentang bakteria jahat.

Garlic Complex

Bertindak sebagai antikulat, antifungus dan menguatkan antibodi.

Jadi hubungi saya segera untuk sebarang nasihat terbaik tentang product. InsyaAllah saya benar-benar ingin membantu.

UNTUK ORDER boleh hubungi saya:

PAKAR SHAKLEE ANDA SEPENUH MASA

NURSURIA

Pengedar Shaklee Selangor

Call | SMS |WhatsApp

019 – 351 0266

Email:

Nursuria@yourliveamazing.com

atau jika punya kad kredit boleh beli terus online dgn klik gambar di bawah
beli shaklee onlinecod sekitar Banting, Shah Alam dan Putrajaya untuk lebih jimat

kelebihan jadi ahli shaklee

Ketahui Cara Mengatasi Keputihan Semasa Hamil Dan Bahaya GBS Boleh Membawa Maut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *