Sedang risau dengan berat badan anda?

Anda terlalu kurus atau terlalu gemuk? Itu mudah di ukur secara visual.

Bagaimana jika anda sekadar gempal atau kurus? Secara visual anda dikatakan mempunyai berat badan yang baik.

Term “baik” ini harus diukur dalam bentuk nombor supaya dapat diterjemahkan dengan lebih tepat dan dipadankan dengan skala tertentu.

Berat badan yang baik ini sinonim disebut sebagai berat badan ideal dalam bidang kesihatan. Ia adalah salah satu julat standard bagi Indeks Jisim Tubuh (BMI).

cara mudah kira bmi

Apa itu BMI?

Body Mass Index (BMI) juga disebut sebagai Indeks Jisim Tubuh bagi orang Malaysia. Ia merujuk kepada bacaan nisbah berat badan seseorang individu terhadap ketinggiannya.

BMI juga merupakan pengiraan secara tidak langsung komposisi tubuh yang berkait dengan kadar lemak yang tersimpan dalam badan.

Bacaan ini akan dipadankan dengan jadual skala kategori berat tubuh untuk menentukan BMI anda adalah sihat atau tidak.

Cara Kira BMI

Indeks Jisim Tubuh (BMI) ini boleh dikira secara manual dengan menggunakan formula kira BMI berikut:

BMI = Berat(kg) / [Tinggi (m) x Tinggi (m)]

Contoh cara nak kira BMI:

Berat = 70kg
Tinggi = 160cm = 1.6m
BMI = 70 / [1.6 x 1.6] = 27.3

Skala BMI

Dah siap kira BMI, periksa bacaan dalam skala BMI berikut untuk tahu kategori berat badan anda:

Kategori Berat BMI 
Kurang Berat Badan (Underweight) <19
Normal (BMI Normal) 19 – 24.9
Berlebihan Berat Badan (overweight) 25 – 29.9
Obesiti >30

Cara Mudah Kira BMI Online

Nak lebih mudah lagi, boleh guna kalkulator BMI berikut:

Cara Guna Kalkulator BMI Online:

1. Masukkan berat badan anda dalam kg
2. Masukkan tinggi anda dalam cm
3. Tekan butang “Kira BMI”

Bacaan BMI Bukanlah segala-galanya

Kiraan BMI hanya sesuai untuk orang yang berumur 18 hingga 64 tahun. Ia tidak sesuai untuk golongan:

  • Kanak-kanak dan ibu mengandung
  • Warga tua
  • Ahli bina badan dan atlit kecergasan

BMI hanyalah sekadar perkadaran berat dengan tinggi seorang individu secara umum. Ia tidak dapat memberikan data-data tahap kesihatan individu secara tepat.

Ada orang mempunyai bacaan-bacaan kesihatan (bacaan gula, bacaan kolesterol, tekanan darah, kadar denyutan nadi dan sebagainya) yang baik walaupun kurang berat badan.

Ada juga individu mempunyai berat badan yang lebih tetapi sangat aktif tahap aktivitinya serta tiada masalah kesihatan.

BMI sangat berguna bagi mereka yang sedang dalam diet kalori untuk sistem pengurusan berat badan.

Namun, jika BMI anda di luar tahap normal, ada baiknya anda segera membuat pemeriksaan doktor untuk pengesahan data-data kesihatan yang lain.

 

 

 

Cara Mudah Kira BMI Secara Online Di sini Sekarang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *