Tersedak susu boleh menyebabkan kematian. Ianya sering dikaitkan dengan teknik pemberian susu yang salah dan tidak mengamalkan teknik sendawa. Ini kerana minuman atau susu yang dimuntahkan oleh bayi akan ditelan semula dan masuk ke salur pernafasan yang jadi punca bayi tersedak susu dan dikongsi cara atasi bayi tersedak susu

Sekiranya bantuan segera tidak diberikan kepada bayi yang tersedak, ianya boleh membuatkan bayi lemas dan meyebabkan kematian. Risiko tersedak susu akan bertambah apabila bayi mengalami kesukaran bernafas seperti di dalam keadaan selsema dan batuk.

Pencegahan Tersedak Susu

  • Elakkan memberi susu dalam keadaan bayi berbaring terlentang. Ini akan menyusahkan bayi menelan dan menigkatkan risiko bayi terdesak yang boleh menyebabkan susu masuk ke dalam salur pernafasan dan ini boleh menyebabkan jangkitan paru-paru, telinga dan lemas.
  • Elakkan meninggalkan bayi bersendirian semasa menyusu. Penjagaan perlu sentiasa kerap mengawasi bayi semasa menyusu.
  • Penggunaan kain, bantal atau buaian untuk menyokong botol susu perlu dielakkan kerana ia boleh meningkatkan risiko bayi tersedak dan tercekik yang boleh menyebabkan susu masuk ke dalam saluran pernafasan dan ini boleh menyebabkan jangkitan paru-paru dan telinga. Dalam keadaan teruk, boleh menyebabkan bayi lemas dan menyebabkan kematian.
  • Elak bayi tertidur (terlena) semasa menyusu kerana susu yang terus mengalir akan menyebabkan bayi tersedak. Sekiranya bayi tertidur, keluarkan puting. Seeloknya gosok belakang bayi untuk membangunkannya. Penyusuan boleh disambung apabila bayi sudah terjaga.
  • Sentiasa sendawakan Bayi Selepas menyusu.

Baca juga : Susu Merudum Ketika Period. Usah Risau Saya Ada Penyelesaian Untuk Anda

Kes Tersedak Jarang Berlaku Kepada Bayi Yang Diberikan Penyusuan Ibu

Sekiranya terpaksa menggunakan botol susu kepada bayi, teknik yang betul perlu dipraktikkan untuk mengelakkan terjadinya kes terdesak susu.

Berikut adalah cara yang selamat dalam memberi minuman/susu kepada bayi menggunakan botol susu:

  • Kedudukan kepala bayi hendaklah lebih tinggi daripada badanya
  • Tinggalkan posisi botol supaya bahagian hadapan botol sentiasa dipenuhi susu agar bayi tidak menghisap banyak udara.
  • Biarkan bayi menyedut susu tanpa membiarkannya menyedut udara di dalam botol.
  • Susu harus mengalir dengan mudah melalui lubang puting tetapi tidak keluar dengan berlebihan sehingga menyusahkan bayi menelannya.
  • Semasa menyusu, keluarkan puting dari mulut bayi sekali-sekala untuk memberikannya peluang berehat terutama untuk bayi yang masih kecil.

Teknik Membuat Bayi Sendawa Dan Cara Atasi Bayi Tersedak Susu

Sentiasa sediakan kain kerana bayi berkemungkinan muak apabila sendawa.

Terdapat 3 posisi yang sesuai untuk sendawakan bayi, iaitu seperti berikut:

#1. Posisi Bahu

Letakkan bayi di atas bahu anda supaya tulang selangka (collarbone) anda menekan perut bayi. Tekanan ini sangat penting untuk memastikan sendawa yang baik. Pastikan bayi diampu dalam keadaan selesa.

#2. Posisi Tangan

Dudukkan bayi di atas riba anda. Ampukan bayi dan tolak sedikit bayi ke hadapan supaya badan bayi sedikit condong (rujuk gambar) Gosok dan tepuk bayi dengan perlahan

#3. Posisi Riba

Letakkan kain di atas riba anda. Tiarapkan bayi di atas peha anda dengan tangan anda menyokong kepalanya. Dengan perlahan-lahan, gerakkan lutut anda ke arah perut bayi untuk memberikan tekanan supaya bayi sendawa.

Tanpa mengira posisi yang mana digunakan, gosok belakang bayi perlahan-lahan sehingga udara keluar (sendawa)

Tanda-Tanda Tercekik

Bayi disyaki tercekik sekiranya terdapat tanda-tanda berikut semasa atau selepas menyusu:

  • Sukar bernafas
  • Gelisah (restless)
  • Warna kulit pucat atau kebiruan
  • Kulit terasa sejuk

Bantuan Kecemasan

  1. Pangku bayi di lengan anda dengan menghalakan kepalanya ke bawah
  2. Tepuk di antara tulang belikat, tetapi jagan sekuat tepukan bagi kanak-kanak kecil.
  3. ulang sehingga bahan yang menyebabkan bayi tercekik terkeluar
  4. Jika bayi tidak sedarkan diri, mulakan CPR sekiranya anda tahu dan terlatih melakukan CPR atau hubungi 999

JANGAN SESEKALI MENGGUNAKAN TUJAHAN ABDOMEN

credit info : Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.

Diingatkan sekali lagi. Jika berkemampuan boleh la sentiasa memberikan susu badan secara terus sekerapnya dan exclusive untuk tempoh 6 bulan. insyaAllah kita doa dan fikir yang baik-baik.

Sekian terima kasih.

 

 

 

 

 

 

Cegah Bayi Tersedak Susu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *