GDM ialah Gestational Diabetes Mellitus atau dalam bahasa melayu ialah Diabetes Gestasi atau bahasa mudahnya ialah kencing manis semasa mengandung.

kencing manis semasa mengandung

#1. Punca Kencing Manis Semasa Mengandung (GDM)

  • Hormon kehamilan boleh menghalang insulin daripada melakukan tugasnya. Apabila ini berlaku, tahap glukosa mungkin meningkat dalam darah wanita hamil.

kencing manis semasa mengandung

  • Diabetes terjadi disebabkan oleh insulin yang tidak mencukupi, ataupun insulin tidak berfungsi dengan baik bagi menukarkan gula/glukosa kepada tenaga. Bagi penghidap GDM, insulin mereka tidak dapat berfungsi secara normal disebabkan hormon yang dihasilkan oleh plasenta iaitu lactogen plasental human, estrogen, progesteron, kortisol dan prolaktin. Kebiasaannya diabetes gestasi akan hilang selepas kelahiran bayi.

#2. Golongan Yang Berisiko Tinggi Untuk Dapat GDM:

  • Berusia lebih daripada 25 ketika mengandung
  • Mempunyai sejarah kencing manis keluarga
  • Pernah melahirkan bayi yang beratnya lebih daripada 9 paun atau mempunyai kecacatan kelahiran
  • Mempunyai tekanan darah tinggi
  • Mempunyai terlalu banyak cecair amniotik
  • Telah mengalami keguguran yang tidak dapat dijelaskan atau kelahiran mati
  • Berat badan berlebihan sebelum mengandung

#3. Simptom GDM

Biasanya tidak ada gejala, atau gejala ringan tetapi perlu dia awasi supaya tidak mengancam nyawa wanita yang mengandung. Tahap gula  dalam darah (glukosa) biasanya kembali normal selepas bersalin. Antara simptomnya ialah :

  • Penglihatan kabur
  • Keletihan
  • Jangkitan yang kerap, termasuk pundi kencing, vagina, dan kulit
  • Meningkatkan rasa dahaga
  • Peningkatan kencing
  • Pening dan muntah
  • Berat badan menurun walaupun selera makan meningkat

#4. Peperiksaan dan Ujian

GDM ialah diabetes yang pertama kali berlaku ketika seseorang wanita itu hamil. Ia bukan terjadi disebabkan wanita itu sudah menghidapi diabetes sebelum beliau hamil. GDM berlaku akibat dari peningkatan paras gula dalam darah yang dikesan melalui ujian MGTT yang dilakukan semasa pemeriksaan berkala kehamilan. Kebiasaannya semasa trimester kedua kehamilan. 

Sebaik sahaja anda didiagnosis dengan diabetes gestational, anda dapat melihat seberapa baik anda lakukan dengan menguji tahap glukosa anda di rumah. Cara yang paling biasa ialah membentukkan jari anda dan meletakkan setetes darah anda pada mesin yang akan memberi anda bacaan glukosa

#5. Berapa Bacaan Paras Gula Untuk GDM?

Wanita hamil yang mencatatkan paras gula 7.80mmol/L hingga 11.00mmol/L selepas melakukan ujian MGTT dikategorikan sebagai berisiko menghidapi GDM. Manakala bagi wanita hamil yang mencapai bacaan 11.10mmol/L dan keatas pula dikategorikan sebagai pengidap GDM atau diabetes gestasi.

#6. Adakah GDM Merbahaya Dan Membawa Kesan Buruk?

Ya, Terdapat beberapa kesan buruk dan juga komplikasi semasa dan selepas kelahiran. Perlu diketahui bahawa wanita yang hamil dan menghidapi diabetes gestasi atau GDM adalah merupakan kehamilan berisiko tinggi. Jelas, diabetes adalah sgt merbahaya kepada semua terutamanya ibu hamil.

#7. Langkah Atasi Kencing Manis Semasa Mengandung

Di antara langkah-langkah rawatan yang disyorkan ialah:-

  • Mengikuti Pelan Makanan Yang Bersesuaian
    Para ibu yang mempunyai GDM perlu mengambil makanan seimbang berdasarkan piramid makanan yang disyorkan oleh doktor. Ini bagi memastikan diet harian ibu adalah sihat memenuhi keperluan tubuh.
  • Awasi Kanji & Gula
    Mengurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan gula dan kanji. Jika tidak, masalah GDM sukar diatasi atau menjadi semakin buruk.
  • Memeriksa Bacaan Darah Harian
    Ibu hamil GDM perlu memantau bacaan gula setiap hari. Secara idealnya di antara 4-6 kali sehari bagi memastikan paras glukosa berada pada bacaan normal.
  • Senaman/Aktiviti Fizikal
    Melakukan senaman ringan atau aktiviti fizikal yang bersesuaian secara sederhana dapat merangsang penghasilan insulin. Ini sekaligus membantu paras gula berada dalam bacaan terkawal.
  • Suntikan Insulin
    Sesetengah wanita hamil yang mengalami kekurangan penghasilan insulin dalam tubuh akan diberikan suntikan insullin bagi mengawal paras bacaan glukosa dalam darah.
  • Ubat Anti-Diabetik
    Walaupun secara amnya ubat anti-diabetik tidak disarankan kepada wanita mengandung, terdapat kajian yang menunjukkan sesetengah agen hipoglisemik oral (OHA) adalah selamat digunakan oleh wanita hamil.
  • Set Ibu Hamil Shaklee Bantu Kawal Bacaan Gula Dalam Darah
    Set Ibu Hamil Shaklee (Prenatal Pack) terdiri daripada ESP, VitaLea, SR Vita-C, Omega, B Complex dan Ostematrix mampu membantu para ibu mendapatkan bacaan normal glukosa dalam darah.

Set hamil shaklee kencing manis

Kenapa Perlu Beli Vitamin Shaklee Dari Saya..

Saya sendiri pengguna tegar supplemen Shaklee. Semua supplemen perlukan konsultasi dari yang pakar. Saya sering hadir ke kelas-kelas nutrisi anjuran Shaklee. Ini semua membantu para pelanggan saya supaya dapat makan Shaklee dengan berkesan ditambah dengan pengalaman selama 4 tahun ini…

Saya menyediakan konsultasi berterusan termasuk panduan pengambilan suplemen khas untuk pembeli yang membeli dengan saya sahaja.

Saya boleh membuat penghantaran supplemen Shaklee ke seluruh Malaysia termasuk ke luar negara.

Jadilah pengguna yang sangat bijak. InsyaAllah

Jadi macam mana nak dapat kan vitamin ni ye.. Boleh hubungi saya dan dapatkan konsultasi percuma tentang cara mengawal GDM atau kencing manis semasa mengandung..

PAKAR SHAKLEE ANDA SEPENUH MASA

NURSURIA

Pengedar Shaklee Selangor

Call | SMS |WhatsApp

019 – 351 0266

Email:

Nursuria@yourliveamazing.com

Kencing Manis Semasa Mengandung. Bagaimana Mahu Kawal

One thought on “Kencing Manis Semasa Mengandung. Bagaimana Mahu Kawal

  • August 6, 2018 at 5:15 pm
    Permalink

    Set yang bagus selaras dengan guideline yang di keluarkan oleh KKM

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *