Hari ni nak share resepi ayam bakar sedap dan mudah dengan anda semua.. jom kita scroll ke bawah
resepi ayam bakar sedap dan mudah

Resepi Ayam Bakar Sedap dan Mudah

#1. basuh ayam baik-baik

Nak basuh guna tepung gandum pun boleh untuk buang hanyir pasal kita resepi tak pakai kunyit dah.

#2. cucuk atau kelar isi ayam

Boleh guna garfu atau pisau kecil.cucuk rapat-rapat sampai boleh kasi lipat.

#3. dah cucuk kita gaul ayam dengan garam

Kalau boleh jgn byk sgt garam tu.dlm 2 3 cubit dh cukup.biar jap ayam dgn garam tu dlm 15 min.kalau suka boleh boh pak aji no motor sikit dlm 2 3 cubit.tak suka letak pun takpe.

#4. selepas itu gaul ayam tadi dengan madu

Kita guna madu lebah tau.bukan gaulkan ayam kat madu kita.hehe kang tak jadi mkn ayam kita mkn madu pulak.haha hilang mood nak berkelah kan.Takde madu boleh tukar pakai kurma.asal benda manis je jadi.

#5. pastu kita tuang minyak zaitun

Ini supaya lepas ayam dibakar akan nampak berminyak dan berkilat dh cukup. Biar lagi 15 min.

#6. then kita masukkan sos lada hitam

Kita guna jenama bumi hijau ye. agak-agak tenggelam sikit ayam tu dlm perapan tu. Kita suka bumi hijau pasal sos dia tak masin macam sos lada hitam lain.

#7. kupas bawang putih dlm 5-6 ulas

Lepas itu tumbuk dengan lesung batu sampai lumat.jgn guna lesung kaki lak. tu utk tumbuk padi. dah lumat masukkan dan gaul dgn ayam tadi.

#8. tambah sos cili dan serbuk kari sesedap rasa

#9. perap dalam 1 jam dah boleh bakar

Jika dapat peram lebih lama lebih baik. rasa lebih aummm bila makan ye nanti.

#10. boleh la bakar resepi ayam bakar sedap dan mudah

Kalau rumah ada banyak sabut jadi boleh guna sabut jek.ayam tu nanti akan ada bau sabut dgn bawang putih.bila mkn isi luar rasa manis dan isi dlm rasa masin.sos black paper bg rasa pedas-pedas ala2 angin sepoi2 bahasa.boh cabai kang pedas sangat pula.

Jadi kalau nak rasa nikmat yang kita rasa bila berkelah or bbq anda kena cuba la resepi ayam bakar sedap dan mudah ni..

ayam ni tahan basi sampai esok hari tak basi pasal bahan yg kita guna semua kalis bakteria. InsyaAllah

Selamat Mencuba Resepi Ayam Bakar Sedap dan Mudah

Baca juga : Osteoporosis Pembunuh Senyap Wanita?

Lihat resepi lain :

Resepi Ayam Bakar Sedap Dan Mudah Jom Cuba

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *